Search
Search
Trip tak terduga ke CH.

Trip tak terduga ke CH.

Trip tak diduga siapa sangka namanya πŸ˜‚

Jarang nak bercuti sebab sibuk kerja.

Tak pandai nak manage nak pergi mana dulu, apa aktiviti yang boleh buat dekat Cameron Highland πŸ˜…

Tahu ada strawberry, jagung, sayur, ubi je.

Jadi redah je mana yang rasa boleh singgah, kami berhenti dan masuk ☺️

Ada juga survey2 dalam group ni sebagai guide kami. 😍

Saya list dulu mana yang orang duk cakap best, lepas tu saya tanya orang. Minta tolong susun ikut turutan 😊 Malu bertanya sesat jalan oiii 🀣πŸ’ͺ

Ada yang dapat pergi ada yang tak. Dalam gambar bawah ni yang kami dapat pergi sebab santai2 je. 😘

3h 2m

1 – 3 Julai 2020

Boleh baca caption untuk detail. Mana manfaat kongsi2 la. 😍

Destinasi saya :

1. Cameron Valley Tea House 2

2. Zetter Suite, Hotel Apartment

3. Steambot Taman Apple Cameron, Tanah Rata

4. Bee Farm

5. ATV SAFARI Cameron Valley Tea House 3

6. Lavendar Gardern

7. The Sheep Sanctuary

8. Mossy Forest

9. Ladang Teh Sg Palas

10. Cat House

11. Butterfly Farm

12. Abang Strawberry

13. Kea Farm

Hari Pertama
1 July 2020
3.00 petang bertolak dari Rawang – Cameron Highland

Orang kata tempat wajib singgah dekat Cameron Valley Tea House 2 kan?

Singgah nak merasa.
Sambil2 makan tu tgk view Ladang Teh.

Terapi mata 😍
Pergi waktu hari biasa tenang, aman dan damai. 😊
Total Makan Kek + Waffle + Tea = RM30

Lepas dari Cameron Valley Tea House 2, kami terus p cari Hotel yang kawan kami suggest sebab nak check in.

Zitter Suites, Hotel Apartment. Dekat Golden Hills. Dekat dengan Tapak Pasar Malam baru. Tapi dengar kata buat masa PKP ni pasar malam masih lagi TUTUP.

Kami sampai dalam pukul 5.30 – 6.00 petang lebih kurang.

Total Harga Bilik RM190.00/1 malam
Tempah online murah sikit.
Dalam RM170 tak silap saya.

Ada 3 pilihan :
Suite Hotel {2pax}
2 Bedroom {4 pax}
3 Bedroom {6pax}

Harga pon berbeza2.

Mungkin ada yang murah lagi kan. Tapi sebab kami tak tahu nak cari. Ikut kawan suggestkan je. Ada 7 eleven, Speedmart, Kedai Makan. Ok lah. Bilik pon ok. Cantik. Parking pon senang.

Sesuai la untuk korang kalau yang datang ramai2 tu. Ada Peti Ais, Microwave, Cartel, Ruang Tamu, Bilik Air {lengkap}

Total Penginapan : RM190 x 2 malam = RM380.00

Kami sampai pon dah petang kan. So rehat dulu kat Hotel. Lepas Magrib kami cari Steambot. Sebenarnya pilihan steamboat banyak tempat. Tapi sebab tengok review pon ok kami pilih Steamboat Taman Apple Cameron, Tanah Rata😊

Sampai2 ramaiΒ πŸ˜… Beratur panjang. Macam biasa ikut SOP. Tulis nama & dia akan bagi korang no giliran. Lepas tu beratur dan tunggu sampai no giliran korang dipanggil.

Dalam 20 minit, macam tu no kami pula boleh masuk 😁 perut dah lapooo kome. 🀣 Sebelum masuk dia akan check suhu. Lepas tu korang nak makan apa makan lah 🀣 Yang pasti sebelum 11.30 malam kedai tutup 😊

Total Steamboat Dewasa RM39.90 x 2 pax = RM79.80
Kanak-kanak lupa pula nak tengok. Korang boleh check FB Diorang 😍

Hari Kedua
Sarapan pagi kat Hotel je senang. 😁 Malas nak fikir kat mana-mana kan. Janji makanΒ πŸ˜„ Sebelum nak berjalan kena makan dulu kan. Baru ada tenaga 😁
Total sarapan pagi 2 pax : RM30.60

Kami tanya orang hotel tu. Yang mana kami boleh singgah dulu. Dia cakap Kea Farm dulu. Tapi sebab kami tak mau shopping dulu. Dari Kea Farm kami terus lagi sampai nampak la Bee Farm ni.

Singgah masuk. Free saja. 😊 Tapi kena pakai Mask ye 😊

Kat dalam ada Lebah, macam2 jenis bunga, ada kedai jual madu, souvenir. Nak ootd pon boleh korang. Kalau jenis tangan bangku macam saya ni 🀣 memang tak lawa la gambar. Asal boleh jeΒ πŸ˜„
Total Bee Farm Free = RM0.00

Lepas tu dari Bee Farm – Cameron Valley Tea House 3. Kat sini ada yang nak naik tangga sendiri sampai puncak atau nak naik kenderaan yang disediakan.

Kenderaan ada 3 jenis :
ATV Baru {Extreme ATV} RM65/pax
ATV Lama {ATV Safari} RM50/pax
4×4 Safari RM10/pax

Kalau family better naik 4×4 Safari tu. Saya dgn suami kami pilih ATV BARU 🀣 Takmau kalah. Nak yang baru. Dah la first time. Saja nak merasa.πŸ˜‚

Bayar macam biasa. Lepas tu nanti ada sorang akan guide kita kat depan naik sampai puncak. Yang jenis suka lasak2. Boleh try. Ha. Lupa plak. ATV tu boleh naik 2 org sebenarnya. Tapi berat 2 pax tu tak boleh lebih dari 100kgΒ πŸ˜…

So yang kuruih tu untung la. Macam kami ni 🀣 lambetttt lagi. 🀣 Korang kena try baru tahu best ke x. 😍

Total ATV SAFARI RM65.00 x 2 pax = RM130.00

Bila sampai kat puncak. Berhenti untuk snap gambar. Ada juga cameraman kat atas duk tunggu. Siapa2 nak bergambar dia boleh snap & cuci.

Ni salah 1 gambar yang dia snap. 1 keping cuci RM10.00 + boleh tranfer gambar ke phone kita sendiri juga. Ok la. Buat kenang-kenangan.

Total Gambar : 3 keping gambar yang berbeza x RM10.00 = RM30.00

Next. Dah habis ATV. Kami patah balik nak pergi KEA FARM. Otw tu nampak LAVENDER GARDEN buka. Singgah la sat. Sebab orang kata Aiskrim dia sedap. 😍 Tambah bunga banyak kat dalam tu.

Jenis bergambar sesuai la. Korang boleh buat macam2 gaya la kat dalam tuΒ πŸ˜‚ Masuk dalam ni bayar ye. Pergi Kaunter ambil ticket macam biasa. Masa nak masuk ada sorang jaga. Dia akan bg 1 kertas ada nombor.

Sebab nak masuk kat dalam ada limit. Tapi tak lama sangat la nak beratur.
Kertas tu nanti masa nak keluar kena pulangkan semula pada orang tu. Jangan hilangkan.

Total Ticket Dewasa RM15.00 x 2pax = RM30.00
Total Aiskrim Lavender RM8.00 x 2 pax = RM16.00
Grand Total : RM46.00

Ha. Nak cerita bab ni.Β πŸ˜…
Sama macam masa kat ATV. Ada cameraman kan. Kat dalam Lavendar Garden pon ada. Tapi yang kat dalam ni agak mahal sikit.
3 keping gambar RM50.00

Cameraman akan ambil gambar kita dalam 5 kali. So ada 5 keping gambar yang berbeza. Jadi konsep diorang. Kalau nak 5 keping gambar tu masuk dalam phone kita kena cuci 5 keping gambar tu. Baru boleh transfer. Contoh macam saya pilih cuci 3 keping je. Jadinya 3 keping gambar tu diorang transfer ke phone saya.Β πŸ˜„ Sebabkan nak juga. Bayarlah nilai kenangan indah kat situ 😍🀣

Total 3 keping gambar RM50.00

Lepas dah selesai dekat Lavender Garden. Terus ke Kea Farm. Cari The Sheep Sanctuary. Sebelah2 je tempatnya. Bawa anak-anak main dengan biri-biri. Boleh dukung, boleh bagi makan. Macam2 la. Tapi jaga-jaga.Β πŸ˜‚
Biri-biri bukan tahu guna tandas. Deme kencing je. Kadang2 korang dukung pon dia boleh melepas.Β πŸ˜‚

Seronok la dalam ni. Tengok budak2 lari-lari. Main dengan biri-biri. Masuk sini berbayar.

Total Ticket : RM8.00 x 2 pax = RM16.00
{sekali pakej dapat makanan biri-biri}

Lepas dah habis kat The Sheep Sanctuary ni. Penat dah. Dari pagi ke petang. Baru terasa lapar. Beli bungkus je makanan. Bawa balik hotel.
Rehat2 kat hotel. Dah tak keluar. Kata santai2 je.Β πŸ˜… Memang santai le. Sebab nak balilk dah esoknya.

Hari Ketiga
Macam tak lengkap pula. Balik tak singgah Mossy Forest yang viral tu. 😊

Malam sebelum tu kat hotel search juga no telefon orang yang boleh bawa kita naik ke Mossy Forest tu. Sebab taknak ambil risiko bawa kereta sendiri.
Salute la dengan orang yang boleh bawa kereta sampai atas tu.Β πŸ˜„πŸ’ͺ

Boleh contact En Shahrul Transport Cameron 0142746559

Driver akan pick up kita dekat Nova Highland Hotel. Dalam jam 8.30 pagi – 9.00 pagi macam tu kita gerak.

Total Kenderaan RM30x2pax =RM60.00
Total Ticket Mossy Forest RM10x2pax = RM20.00
Grand Total RM80.00

Sebelum nak sampai ke Mossy Forest. Driver akan berhenti untuk kita snap gambar.

Dah selesai Mossy Forest. Dekat dengan Nova Highland Hotel tu ada CAT HOUSE.

Yang suka kucing boleh singgah. Kucing dia Ya Allah gebu, gemuk. Manja tak payah cakap. 😍 Boleh bawa anak-anak mai juga.Β πŸ˜„ Main la sampai puas.

Berbayar. Cuma lupa la pula bayar berapaΒ πŸ˜…

Next. Kami dah plan nak balik & singgah Kea Farm shopping apa yang patut. Otw tu nampak Butterfly Farm open. Singgah lagi.Β πŸ˜‚

Dalam ni macam2 ada. Butterfly, Ikan, Ular, Arnab, Kucing, Chipsmunk dll.

Nak bawa anak tengok haiwan2 boleh juga singgah sini. Tapi kat dalam ni tidak dibenarkan tangkap butterfly tu. Kalau korang tgk gambar tu. Saya pegang butterfly kan. Tu sebenarnya rama2 dah mati.πŸ˜‚

Boleh lah kalau nak pegang dan bergambar.

Total Ticket RM10.00 x 2 pax = RM20.00

Salah 1 tempat utk korang bergambar. Lepas dari Butterfly Farm. Terus p Kea Farm shopping. Singgah Abang Strawberry makan Scone & Nasi Lemak Strawberry buat lepas kempunan 😍

Alhamdulillah selesai. Dah sampai Rawang dalam jam 8.00 malam tadi.

Kredit :Β Pn Zaty RS
Sumber : Gambar Menarik Cameron Highlands

Peranginan