Hari ni nak share tips bagi yang hendak bercuti di Cameron Highlands. Cameron sekarang ni tak sama macam dulu sebab dengan sop yang ada sekarang ni nak2 dalam minggu ni cuti Deepavali.
Tips-tips:
1. Bertolak awal pagi. Pastikan sampai di Cameron sebelum jam 9 pagi. Jam 9 pagi jalan dah mula nak sesak dari Brinchang ke Kea Farm.
2. Bagi yang hendak sarapan di tempat2 viral seperti ladang, Kg Sedia ada pastikan dalam jam 8 pagi sudah kena ada. Kalau tidak jenuh beratur panjang nak tunggu orang lain sudah makan. Ada yang jenis makan suka duduk berjam2.
3. Sediakan duit lebih bagi yang hendak menikmati makanan2 viral. Pergi 3 hari 2 malam untuk 5orang habis RM600. Makan sahaja. Harga makanan agak mahal.
4. Bagi yang suka nasi lemak recommended sangat2 Opah Strawberi&Jem di Kg Taman Sedia. Sambal sangat2 sedap. Ayam goreng sedap. Datang awal pagi. Kalau tak sempat boleh pergi lewat petang dalam jam 3 lebih ke atas. Jangan lupa order aiskrim strawberi sama. Sedapp.
5. Scone terbaik di KHM Kg Taman Sedia ada. Yang ini better beli 1 set sekali air. Jimat. Ada menu lain jugak yang sedap2. Spagetti bolognese, mee kari, char kuey teow.
6. Pasar malam ada di Golden Hill setiap hari jumaat & sabtu. Nak masuk pasar malam kena sabar banyak sebab nak beratur tu panjang sangat2.
7. Bagi yang suka western boleh pergi kedai makan sebelah Zetter Suites. Western sedap walau harga agak mahal.
8. Malam boleh makan steambot. Recommended TAC, Glory Snack Steambot, YAZ Steambot Grill & Cheese.
9. Bagi yang nak check out dan nak singgah ke Kea Farm untuk membeli belah boleh check out dalam 8.30 pagi ke bawah untuk elak dari jem. Pergi awal senang parking.
10. Yang last bagi yang nak cari penginapan yang paling utama pastikan senang parking. Jangan cari yang murah tapi susah nak parking. Jenuh nak pusing mencari. Tanya dulu owner parking macam mana. Kalau jenis ada kad access lagi bagus. Macam Barringtone depan pasar malam.
Serba sedikit info bagi memudahkan perjalanan.
Kredit : Arieza Rieza