Search
Search
The Cloud Kinabalu – Kundasang

The Cloud Kinabalu – Kundasang

Let The Sun Rise At The Cloud Eco Stay Kundasang Sabah || Spectacular Place and View

The Cloud Eco Stay, Kundasang atau The Cloud Kinabalu

The Hidden Gem

Antara penginapan harga sederhana yang terbaik pernah saya duduki di Kundasang.

Pemandangan sangat cantik Dan bersih…

Lokasinya 5km dari Pekan Kundasang dalam perjalanan menuju ke Ranau adalah antara sebab tempat ini kurang menjadi pilihan selain Lokasinya di sebelah kanan jalan menjadikan ia tidak berdepan terus dengan pemandangan ke arah Gunung Kinabalu.

Kami pun memilih tempat ini kerana last minute booking semua tempat sudah penuh.

Tapi bila sampai ke sini.. MasyaAllah..

Syukur Alhamdulillah menemui tempat ini. Tempat ini masih dalam proses pembangunan, buat masa ini hanya 3 buah rumah Dan Satu banglo 5 bilik dibuka untuk tempahan.. Glamping Dan beberapa buah rumah termasuk cafe masih dalam proses pembangunan.. Hampir 80 % siap.

Saya beranggapan harganya sudah pasti akan mencanak naik setelah mula beroperasi penuh nanti….

Tapi…. The Cloud Kinabalu ada hubungi Saya Dan memberikan jaminan bahawa harga akan kekal sederhana. Sudah pasti akan menjadi pilihan utama jika berpeluang datang lagi.

Jika anda mahu penginapan View ala Eropah boleh hubungi 019 832 1585.

Jalan SK. Pinausok, Pinausok, 89308 Kundasang, Sabah

Check facebook mereka di:

https://www.facebook.com/CLOUD1821/

Video penuh:

Tonton lagi video kami di Kundasang

Kundasang Mac 2022 || No Public Car Allow to Enter Timpohon Gate, Kinabalu Park

Penulis: Jamalatin Attien
Sumber: Facebook

Peranginan