Throwback HoneyMoon @ Cameron Highland 3hari 2 Malam. 16 tahun anniversary!
Jumaat
-Kami subuh dari Melaka & tiba CH jam 1 tengahari. Sampai je terus singgah CH Adventure ATV & Safari. Rest kejap sesambil menikmati Hi Tea & cafe Bharat. Then, decide naik 4wheel ke atas. Harga RM25/head untuk dewasa. Mencabar juga jalan ke atas nun. Q juga menunggu turn untuk naik 4w ke atas. Kat atas, boleh OOTD di buaian viral. Caj RM5 untuk sekali naik. Rasanya kalau naik ATV lagi best sebab boleh take time untuk berhenti kat mana2 port ladang teh yang korang suka. Tapi kami tak naik pun ATV sebab rate agak keras. Tak salah sekepala RM60.
Lama gak dating kat atas sesambil OOTD.
4
Disebabkan perut dah berkeroncong @ jam 4.00 ptg, kami pusing2 cari makan kat Taman Sedia. Not bad jugak makan goreng2 kat sana. Ada banyak juga gerai2 makan ala2 thai kat Taman Sedia. Makan lunch berdua RM38.
4
Then..
Check In Hotel @ Cameron Highland Retreat @ Tanah Rata.
1st impression, cantik sangat view hotel ni dari luar. Tenang & damai. Sangat2 ECO sebab dalam building hotel siap ada batang pokok lalu dalam. Diorang maintainkan pokok2 pines yang lama.
Hotel ni terletak kat Tanah Rata & sangat dekat dengan kedai2 makan. So senang nak cari makan if stay sini. Kami stay 2 mlm disini. Rate bilik bermula dari RM270+ untuk standard room & family room bermula dari RM330+. Dua2 bilik kami rasa sebab standard room penuh. Jadi semalam lagi kami ambil family room.
Dinner
Highland Steamboat Cheese & Grill
Kami decide dinner di sini sebab nak elakkan crowd kalau diner sini sabtu malam ahad. So seawal jam 7 petang kami dah terpacak masuk. Mujur datang awal, so tak kalut orang ramai. Diorang placekan kami tempat yang sangat2 strategik. Harga untuk sekepala RM40. Boleh pilih nak tomyam/sup. Kami pilih tomyam. Add onn cheese RM10 semangkuk besar. Pada kami sangat2 berbaloi2 dengan menu yang pelbagai. Ayam, lamb, meat. Semualah ada. Air dia je tak salah lebih dari 5 pilihan. Air semua sedap2. Meehoon, nasi goreng, buah, semua ada. Sup tomyam standard Johnnys & sos semua sedap.
Bayangkan kami dating disitu dalam 2jam setengah. Alhamdulillah sangat2 kenyang & berbaloi2. Kalau korang plan nak makan di sini, better datang awal.
5
Sabtu
(Sesi Pagi)
-Decide sewa skuter untuk melancarkan perjalanan Dating kami & mengeratkan hubungan. Hehe.
Mujur buat keputusan tepat sebab dari Tanah Rata nak naik ke Brinchang, Allahu, jemmed teramat.
-Pukul 9.30pagi kami keluar breakfast kat Tanah Rata. Singgah je mana2 gerai kat tepi jalan sebab target nak kena sampai awal di Floral Park. So, makan ala kadar je sekadar alas perut.
-Lepas breakfast kami terus merempit berdua ke Floral Park. FP ni tarikan terbaru di Cameron. Korang kena lalu di pasar Kea Farm utk ke tempat menunggu FP. So, boleh park kenderaan di situ. Korang akan dibawa ke floral park menaiki 4×4. Harga masuk FP RM50 untuk dewasa. Kanak2 bawah 12 tahun, masuk free. Di Floral Park, ada indoor & outdoor. Cantik gila tempat ni! Sangat2 teruja tengok bunga2 hidup yang kembang mekar. Masuk sini, hilang segala stress & masalah. Untuk yang nak ootd, better settledown kat outdoor dulu sebab port2 ootd semua kena que. Take turn untuk bergambar.
Untuk OOTD, banyak sangat port2 cantik. Masuk sini lagi best kalau ada cameramen. Kami tak sempat nak charted cameramen. Jadi terpaksalah guna tripod untuk photoshoot. Chekin sini jam 10.20. Dekat2 jam 3 baru keluar dari sini..Best dating
5000
(Sesi Petang)
-Settledown FP, singgah Kea Farm jap untuk buat projek surprise untuk chenta hati saya. Mujur loose rose petal yang dicari ada kat sana. Grab terus rose petal & beli sejambak rose fresh untuk deco2 .
Sampai hotel, chekin semula di room baru. family room ada 2 bed. Mujur sebab incik hubby dah kepenatan nak beradu. So, cecepat suruh hubby tido kat bed atas. Terus call receptionist request suruh diorang buatkan sepasang swan untuk menjayakan misi deco bulan madu kami.
Memandangkan kerja2 mendeco ni ambil masa, jadi saya cancelkan dalam diam planning nak ke Bharat Cameron Valley. Plan asal nak minta pihak hotel je decokan bed, tapi diorang tak ada buat servis tu pulak. Jadi gigihlah saya mendeco. Sempat mendeco sementara incik hubby beradu. Jadi menjadilah surprise utk sidia.
5
(Sesi Malam)
-Last untuk hari sabtu pukul 6.30 ptg, kami merempit lagi ke Pasar malam CH di Golden Hill. Memang kalau naik kereta alamatnya stuck berjam2 lah jawabnya nak menyampaikan ke sana. Mujur kami naik motor. Jadi jimat banyak masa. Untuk yang nak beli ole2 nak dibawa pulang, boleh beli coklat dip untuk cicah strawberry kat pasar malam ni sebab kat sini harga 3 pek RM10. Kalau di Kea Farm, 1 RM5. Jambu jeruk pun boleh beli disini. Lagi murah. Buah2 pun agak banyak & price ok compare Kea Farm.
Then, selesai pasar malam, kami date makan malam kat gerai Tanah Rata je sebab perut dah kenyang.
4
Ahad
-Seawal pukul 8.45pagi kami checkout dari hotel, terus menuju ke Taman Sedia, plan asal nak ke Opah Strawberry, tapi tak jadi sebab tengok trafik jammed kat waze. So terus decide breakfast @ Ayahman Strawbery. Not bad jugak nasi lemak sambal strawberry dia. Scone dia sedap bagi sy. Menyesal pulak beli 2 ketul je.
4.5
-Lepas breakfast S Corner beli strawberry albino / putih & strawbery fresh. Masa ni jalan dah start jem. Dari Taman Sedia nak ke Kea Farm jem dekat 2 jam. Jem melekat. Terpaksa hadap sebab memang nak exit CH dari Simpang Pulai.
Then singgah di pasar KeaFarm untuk beli sedikit ole ole nak buat balik kat family & kawan2.
Kredit : Azlina Jalil