Cameron Adventurous ATV & Safari
Cameron Valley Tea House 3
1.Lokasi Kuala Terla, Tanah Rata. Boleh on maps Cameron Adventurous ATV & Safari.
2.Naik atas parking free, sebelah atas kaunter atv sebelah bawah ada cafe + kedai jual survinor.
3.Datang awal pagi, walaupun matahari panas, tapi angin sejuk dia tetap on.
4.Ada 2 aktiviti yang boleh buat, 1st naik ATV Tiket RM60-80/pax tak silap, 2nd untuk Landrover 4×4 RM15/dewasa, RM8 untuk kid 3y above. Untuk yangg 1st time jangan gatal2 terus naik ATV mau kecut perut nak turun bukit . Cube try test safari dulu, kalau on baru naik ATV.
5.1st check point akan berhenti kat atas bukit ada 1 flatform boleh ambil gambar, boleh naik lereng bukit. Cantik sangat view dia. Dah puas bergambar korang tunggu 4×4 next trip datang dan boleh turun.
6.2nd check point, Uncle tu akan berhenti dekat mini zoo, masuk bagi resit, bayar RM5 untuk makanan haiwan. “JANGAN BUANG RESIT” masa daftar kat kaunter pendaftaran tadi.
7. Jalan kaki pergi parking, kalau rasa larat lagi nak bejalan bole panjat tangga ambil view signboard Cameron Valley dekat tepi cafe.
Overall, untuk parent yang bawak anak kecil aktiviti nie mesti anak2 excited & seronok, dan untuk yang sukakan view, dapat tengok fresh view dari atas memang terbaikkk.
Penulis : Miszs Zeeyra