Search
Search
The Jerai Hill Resort -Gunung Jerai

The Jerai Hill Resort -Gunung Jerai

Kalau teringin nak bercuti ke tempat sejuk selain Cameron & Genting boleh try sini. Pemandangan superb!!!!

Check in date : 29/12/2021 – 30/12/2021

Rate : RM 388 nett.

– Harga dah termasuk sarapan & transport untuk naik atas ke resort.

– Tiada deposit.

Booking : Call terus resort. Sbb tengok kt booking.com dah sold out. Lepas call dia whatsapp details untuk payment

Jenis bilik : Executive.

– Katil double twin

– Bilik takde aircond. Ada Kipas siling je. Lagipun kat sana mmg dah sejuk

– Ada balkoni (meja & kerusi skali ) so boleh minum2 tengok pemandangan sawah & laut.

– View bilik cantik menghadap sawah & pulau bunting

– Bilik bersih

– Tv channel basic je

– Toilet bersih. Tmpt shower tu rendah boleh buat tub 😅boleh refer gambar

– Shower nye mengadap view luar.

– Ada water heater

– tak semua bilik dpt view sawah. No Bilik kami 111. Boleh request kalau nk mengadap view sawah.

Parking: Free

– parking kereta di kaki gunung jerai.

– Kereta tak boleh naik atas sbb ada tanah runtuh fenomena kepala air yg berlaku bulan 8 haritu

– Transport (van resort) banyak dah tggu kt parking. Cuma sejam before sampai tu inform dulu pihak resort.

Staff : Peramah.

– ada transport disediakan dlm resort sebab luas.

– Kami sekeluarga naik kereta dari lobby ke bilik

– Beg2 dihantar depan bilik

Makan :

– sarapan dah included

– Tenghari & malam kt restoren resort.

– Harga tak mahal sangat lagipun kt atas tu mmg takde kedai makan lain.

– Ada dua. Puncak kedah restaurant & simple day cafe. Simple day cafe tu mcm kedai kopi & bakery.

Additional info :

– Landscape resort sangat cantik. Terjaga. (refer gambar)

– Kabus tebal sangat. Angin Sejuk. Jgn lupa bawak sweater.

– Ada Swimming pool & playground untuk kanak2 (refer gambar)

– Strawberry farm. Masuk free. Boleh la beli aiskrim strawberry, scones…

– Botanical park

– Camping site

– Banyak aktiviti disediakan (kene bayar). Tak join pun sebab dtg just nk berehat & makan. Boleh refer gambar aktiviti & harga

Cons :

– RM10 dikenakan kalau nk mintak extra towel

– Dalam bilik ada 2 botol air saja. Size kecil. Kalau nk extra kene bayar RM4 per botol. Last2 masak air sendiri je

– Takde wifi. Tapi line phone kuat jugak atas ni. Tgk Youtube laju je.

Overall stay : 4/5

Kurang 1 sebab nk mintak extra towel extra air semua kene bayar.

Penulis: Fadhilah Zulkefli
Sumber: Hotel Review Malaysia

Peranginan